Showing posts with label Puisi. Show all posts

Tuesday, May 18, 2010

Puisi: Hawa

Posted by Ash at 11:20 AM 0 comments
Hawa.. Andai engkau masih remaja, Jadilah anak yang solehah buat ibu bapamu Andai engkau sudah bersuami, Jadilah isteri yang meringankan beban suami mu Andai engkau masih ibu, Didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan agama Allah Hawa.. Andai engkau belum berkahwin, Jangan kau risau jodohmu, Ingatlah Hawa janji tuhan kita, Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim, Kerana aku khuatir, Dari mata jatuh kehati, Maka lahirnya senyuman, Maka tercetusnya salam, Dan sekali gus di susuli dengan pertemuan, Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri. Hawa.. Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Kerana dia tahu ape matlamatnya dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, Yakni sebuah perkahwinan. Oleh itu Hawa .. Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, Biarlah hanya cinta dari kedua ibu bapamu Yang memberi hangat kebahagian buat dirimu, Cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta Keluarga yang membahagiakan dirimu. Hawa... Cintailah Allah dikala susah dan senang Kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu, Kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu, Kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga mengoncang iman lelaki. Wassalam...

Wahai Muslimahku, Tahukah dikau?

Posted by Ash at 11:03 AM 0 comments
Wahai Muslimah ku tahukah dikau…. Bidadari itu jelitawan yang sangat mekar, Riasnya indah lagi memukau, Lentuknya tertib lembut gemalai, Nur kasihnya terang cemerlang terpancar, Serba sempurna akhlak gemilang. Wahai Muslimah ku tahukah dikau… Sesungguhnya bidadari itu mempunyai Ratu, Yang sangat sempurna dari yang sempurna, Yang sangat dicemburui oleh sekaliannya, Yang menjadi peneman paling utama, Yang sangat memukau melebihi segalanya. Wahai Muslimah ku tahukah dikau… Ratu bidadari pada dunia fana ini, Isteri solehah gelaran di beri, Tiada tertanding akhlak dan pekerti, Tiada terbilang kesetiaan dan ketaatan diberi, Tiada ternilai budi dan pengorbanan pada Allah dan suami, Itulah Ratu bidadari di alam syurgawi. Wahai Muslimah ku tahukah dikau… aku mengidam bertemu dengannya, Hanya mengharap pada Ilahi, Agar niat, amalan dan ikhlas ku di perhalusi, Dalam merafakkan kesyukuran kepadaNya, Agar syurga menjadi imbalannya, Supaya hajatku menjadi terlaksana. Wahai Muslimah ku tahukah dikau.. Sesungguhnya Ratu bidadari menjadi idamanku, Bukan sahaja membawaku ke syurga Allah, Malah menjadi Ratu penemanku di alam sana, Dan menjadi harapan dan doaku selama ini …… Agar Ratu bidadari itu adalah kamu….…… InsyaAllah…..

Cinta Illahi

Posted by Ash at 9:42 AM 0 comments
Tidurku tanpa teman, Malamku tak berbintang, Lena mengusik kedamaian malam, Keheningan, kedamaian kurniaan dariMu Ya Allah, Bukti KebesaranMu Ya Rabbi, Tunduk tafakurku hanya untukMu, Tidurku kini bteman, Dengan nikmati cintaMu YaRABBI, Terasa kerdil dihati ini, Mendambakan cintaMu, Ya Rahman Cinta sejati CintaMu YaAllah, Cinta suci CintaMu YaRahim, CintaMu takkan ku sia-siakan, Bahkan hanya itu yang ku perlukan… Semoga hambamu ini, Sentiasa berada dibawah naunganMu, Tuhan yang mentadbir sekalian alam…

Erti Perjalanan Hidup Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal