Thursday, July 29, 2010

Terubat Rindu

Posted by Ash at 9:28 PM 0 comments Links to this post
Assalamualaikum...wbt
Alhamdulilah skg aku sudah berada di kampung halaman...terubat rinduku pada umi,papa dan adik2. Bagai dah lama sgt aku xblik kampung padahal baru bulan lepas aku cuti seminggu..nk buat mcm mn bile hati mmg disini..duk sehari kat tempat lain..tetap rindukan kampung halaman...harini sepetang ku habiskan dengan buah hatiku..ecya..ajak dia pi jalan2 ngan motor..n pg amik ateh kat sekolah...lame sgt xjalan2 ngan dia...terubat rinduku..dah janji ngan dia nti sempena besday dia..dia nk g KFC..insyaAllah akan ku tunaikan...:))
ratu syahadah...khamis 29/7/2o1o
21080 Kuala Terengganu

Tuesday, July 27, 2010

Alhamdulilah...

Posted by Ash at 12:36 PM 0 comments Links to this post
Alhamdulilah aku bersyukur ke hadrat MU ya ALLAH...Engkau makbulkan doa hambaMU ini..terasa terlalu kerdil diri ini ya ALLAH..di saat aku mula berputus asa..Engkau masih beri aku kekuatan..masih beri aku hidayahMU...
Terasa bahagia sangat bila doa ku Engkau makbulkan..Engkau tunjukkan aku jalan..disitulah dinamakan usaha...Alhamdulilah usaha ku berhasil dengan izin MU...aku makin mengenalinya..aku cube lagi untuk mengenali insan itu..dan aku tidak akan berhenti bermohon padaMU..agar Engkau bukakan pintu hatinya..dan permudahkan dia untuk aku...
Aku akan terus berusaha..dan akan ku pastikan ia di iringi dengan doa..dan tawakal kepadaMU ya Rahman..ya Rahim..Engkau sentiasa mendengar rintihan hamba MU ini...moga Engkau restui pilihan aku kali ini..amin ya rab...
Ratu syahadah...27/7/2010 - 11.20 pm
51100 Kuala Lumpur

Wednesday, July 21, 2010

Sweet Memory 2010

Posted by Ash at 11:17 AM 0 comments Links to this post
Nk gelak pun ade ngan dak2 ni plan bkn main..ni semua azua punye keje...kate nk jumpe kat dataran merdeka..nk cakap pasal personal...si syu n hawa lak xbantah kuar mlm2..sb ktorg mana ade kuar time2 mcm tu..aduh..tp azua punye hal..aku kuar ar jugak..dh ar lewat kul 11 lbh br kuar...konon cover line semua..suh aku amik gmbar kat bola besor..hahaha..last2 kek tgu kat dataran.. Tapi mmg best sb smbut kat dataran, xpernah lg smbut kat situ..joar ngan syed hawa pujuk suh join sb dh lewat mlm..bahaya kalau just pempuan je..mmg pengalaman yg xleh lupe..sb kena marah ngan dbkl..suh kosongkan dataran..dgn kek kat tangan bawak lh pi tasik titiwangsa.... Aku igtkan smpai kat situ je..last2 kat tasik titiwangsa kena lg teruk..diorg plan mmg tersusun ar..siap kena simbah ngan tepung beras..hahaha..tp yg paling best bukan besday girl je yg kena..semua yg join kena..siap kena calit ngan kek lagi..puas hati btul ar... Dah ar happening..ngan cahaya sportlight kat dataran tasik titiwangsa..mmg best ar berkejar kat situ ngan masing2 bawak tepung..mmg kenangan yg aku xakan lupe..terima kasih kawan2 yg plan semua ni..selama ni aku je yg plan nk kenakan korang..tp kali ni aku yg terkena..mmg abis2 san korang kenakan aku..hihihi.. p/s - korang mmg best..aku sayang korang semua...

Friday, July 09, 2010

Kelebihan bulan Sya`ban.

Posted by Ash at 11:06 AM 0 comments Links to this post

(Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi)

1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)

2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)

3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).

4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.

5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).

6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).

7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).

8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)

9. Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)

10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis)

11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)

12. Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban.

13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malan ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.

14. Barangsiapa membaca,

(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)

ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).

15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;

1) Orang yang kekal minum arak

2) Orang yang durhaka kepada ibubapa

3) Orang yang kekal dalam zina

4) Orang yang banyak berkelahi

5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta

6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).

16. Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. (Al-hadis)

17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya:

(Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau). Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis)

18. Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan: "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".

(Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).

19. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya.

Amalan pada malam Nisfu Sya`ban.

Apabila telah selesai sembahyang Maghrib, hendaklah bi baca surah "Yaa Sinn" dengan niatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" pula kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" kali ketiganya pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.

-------------------

Kisah Ratu Syahadah

Posted by Ash at 9:49 AM 0 comments Links to this post
Tersebutlah alkisah di negeri Mesir terdapat kerajaan yang diketuai oleh raja yang terakhir bernama Fir’aun yang terkenal dengan keganasan dan tidak berperikemanusian. Setelah kematian isterinya beliau hidup bersendirian tanpa teman hidup. Pada ketika itu tersebutlah satu kisah di mana seorang gadis jelita dari keturunan keluarga Imran yang baik-baik dan solehah yang bernama Siti Asiah yang sentiasa menjadi sebutan di kalangan pemuda-pemuda Mesir kerana keperibadian dan kejelitaannya. Kisah kejelitaan Siti Asiah telah sampai ke telinga Fir’aun dan suatu hari beliau teringin untuk memperisterikan Asiah sebagai permaisurinya. Maka diutuskan seorang Menteri bernama Haman untuk merisik. Ibu bapa Asiah telah bertanya kepada tuan empunya diri tetapi Asiah telah menolak lamaran tersebut dan berkata kepada kedua ibu bapanya bahawa Fir’aun adalah seorang raja yang ingkar kepada Allah SWT dan tidak berperikemanusiaan.Tidak lama kemudian Haman, utusan Fir’aun datang kembali untuk bertanyakan tentang lamaran tersebut dan alangkah marahnya beliau setelah mendapat tahu yang lamaran Fir’aun telah ditolak. Ibu bapa Asiah telah dicaci dan dihina. Haman kemudian telah pulang dan memberitahu kepada Fir’aun akan berita buruk tersebut dan Fir’aun telah menjadi marah dan memerintahkan supaya kedua ibu bapa Asiah ditangkap. Mereka telah diseksa dan dimasukkan ke dalam penjara. Setelah itu Asiah ditangkap dengan menggunakan kekerasan dan kemudian dibawa ke istana Fir’aun dan bertemu dengannya. Di hapadapan Fir’aun, Asiah kemudiannya telah diketemukan dengan kedua ibu bapanya di dalam penjara. Asiah amat sedih melihat keadaan kedua orang tuanya yang disiksa oleh Fir’aun.Kemudian Fir’aun berkata:“Hai Asiah, jika engkau seorang anak yang baik, tentulah engkau akan sayang terhadap orang tuamu, maka oleh kerana itu engkau boleh pilih satu antara dua. Kalau kau menerima lamaranku bererti engkau akan hidup senang dan akan aku bebaskan kedua orang tuamu. Dan sebaliknya jika engkau menolak lamaranku,maka aku akan perintahkan mereka untuk membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di hadapanmu.”Oleh kerana ancaman itu, maka Siti Asiah terpaksa menerima pinangan Fir’aun akan tetapi beliau telah meletakkan beberapa syarat:1. Bahawa Fir’aun harus membebaskan kedua ibubapanya.2. Harus membuatkan rumah yang indah lengkap dengan perkakas3. Bahawa orang tuanya harus dijamin kesihatan beserta makan dan minumnya.4. Bahawa Asiah bersedia menjadi isteri Fir’aun, hadir dalam acara-acara tertentu tetapi tidak bersedia tidur bersama Fir’aun.Sekiranya permintaan-permintaan tersebut tidak dipersetujui, beliau rela mati dibunuh bersama kedua ibu bapanya.Akhirnya Fir’aun bersetuju menerima syarat-syarat tersebut dan memerintahkan agar rantai belengu yang ada di kaki dan tangan Asiah dibuka. Kini Asiah telah hidup mewah dan tinggal bersama-sama Fir’aun di dalam istana yang indah. Akan tetapi ia tidak membawa pengaruh terhadap kehidupan peribadi Asiah. Asiah tidak pernah engkar terhadap perintah agama dan beliau tetap taat mengerjakan ibadah kepada Allah SWT. Pada malam hari beliau selalu mengerjakan solat dan beribadah kepada Allah SWT. Beliau sentiasa berdoa agar kehormatannya tidak disentuh oleh orang kafir miskipun suaminya Fir’aun. Bagi menyelamatkan Asiah dan menjaga kehormatannya, Allah SWT telah menciptakan iblis yang menyamar dirinya sama seperti rupa Asiah untuk tidur bersama Fir’aun.Fir’aun sebenarnya mempunyai seorang pegawai yang amat dipercayai dan rapat dengannya yang bernama Hazaqil. Hazaqil telah berjaya merahsiakan identitinya yang sebenar. Hazaqil amat taat dan beriman kepada Allah SWT. Beliau adalah suami kepada Siti Masyithah yang bekerja sebagai juru hias istana yang juga amat taat dan beriman kepada Allah SWT.Pada suatu hari maka terjadilah perdebatan yang hebat antara Fir’aun dengan Hazaqil di mana Fir’aun telah menjatuhkan hukuman mati terhadap ahli sihir yang beriman kepada Nabi Musa AS. Hazaqil menetang keras terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada mereka semua kerana mereka semuanya beriman kepada Allah SWT. Mendengar akan kata-kata Hazaqil, Fir’aun menjadi marah. Akhirnya Fir’aun dapat tahu yang Hazaqil telah engkar kepada beliau dan kemudiannya telah dijatuhkan hukuman mati kepada Hazaqil. Hazaqil menerimanya dengan tabah dan tidak merasa gentar demi untuk membela kebenaran. Hazaqil telah meninggal dunia dengan kedua-dua tangannya diikat pada pohon kurma dengan tembusan beberapa anak panah. Isterinya yang bernama Masyitah amat sedih sekali di atas kematian suaminya yang tersayang itu. Beliau sentiasa dirundung kesedihan dan tiada lagi tempat mengadu kecuali kepada 2 orang anaknya yang masih kecil. Pada suatu hari Masyitah telah mengadu nasib kepada Asiah mengenai nasib yang menimpa dirinya. Di akhir perbicaraan mereka, Asiah juga telah menceritakan tentang keadaan dirinya yang sebenar. Hasil dari perbicaraan itu, barulah kedua-duanya mengetahui perkara sebenar bahawa mereka adalah wanita yang amat beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa AS. Pada suatu hari ketika Masyitah sedang menyisir rambut puteri Fir’aun, sisirnya jatuh dan ketika hendak mengambilnya, Masyitah seraya berkata:“Dengan nama Allah binasalah Fir’aun”.Mendengarkan akan ucapan Masyitah, Puteri Fir’aun telah menegur Masyitah dan beliau rasa tersinggung dengan ucapan Maysitah itu. Beliau telah melaporkan kepada ayahandanya. Masyitah tidak sedikit pun berasa gentar dengan kata-katanya itu. Masyitah akhirnya telah dipanggil oleh Fir’aun dan Fir’aun telah bertanya kepada Masyitah tentang ucapannya itu dan siapakah Tuhan yang disembahnya. Masyitah telah mengaku tentang apa yang telah diucapkannya dan dengan beraninya berkata:“Tiada Tuhan selain Allah SWT yang sesungguhnya menguasai segala alam dan isinya”Mendengar jawapan dari Masyitah, Fir’aun menjadi amat marah dah memerintahkan pengawalnya untuk memanaskan minyak di dalam kuali yang besar, maka minyak itu dipanaskan sehingga mendidih, kemudian orang ramai dipanggil untuk menyaksikan hukuman yang telah dijatuhkan ke atas Masyitah. Masyitah sekali lagi dipanggil oleh Fir’aun dan diberi pilihan iaitu:(i) Jika Masyitah ingin selamat bersama kedua anaknya, beliau haruslah engkar terhadap Allah SWT.(ii) Masyitah haruslah mengaku bahawa Fir’aun adalah Tuhan yang disembah. Jika tidak mengaku Fir’aun sebagai Tuhannya, Masyitah akan dimasukkan ke dalam kuali bersama anak-anaknya.Akan tetapi Masyitah tetap dengan pendiriannya yang beriman kepada Allah SWT. Masyitah pun membawa kedua anaknya itu untuk menuju ke kuali tersebut. Beliau memandang akan anak yang sedang menyusu yang berada dalam pelukannya. Tetapi dengan takdir Tuhan, anaknya yang masih kecil itu pun berkata supaya jangan takut dan sangsi kerana kematiannya itu akan mendapat ganjaran dari Allah SWT dan pintu syurga terbuka menanti kedatangan mereka.Kemudian Masyitah dan anak-anaknya pun terjun ke kuali yang mendidih tersebut tanpa mengeluarkan jeritan dari mulutnya. Dan saat itu pun terjadi keanehan di mana tiba-tiba terciumlah bau wangi yang harum semerbak dari kuali itu.Asiah yang telah menyaksikan kejadian itu telah memarahi Fir’aun dengan kata-kata yang pedas dan tidak sudi lagi menjadi isteri Fir’aun dan sanggup mati seperti Masyitah. Mendengar ucapan Asiah, Fir’aun telah menjadi marah dan menganggap bahawa Asiah gila. Fir’aun kemudiannya telah menyiksa Asiah tanpa diberi makan dan minum sehingga Asiah meninggal dunia. Tetapi sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, ia sempat berdoa kepada Allah SWT sebagaimana yang tersirat dalam Al-Quran:Maksudnya:“Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang mengatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir bahawa kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Fir’aun, ketika ia berkata: Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga, dan selamatkanlah daku dari Fir’aun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim”.(Surah At-Tahrim: Ayat 11)Demikianlah kisah Asiah dan Masyitah, semoga kita dapat mengambil iktibar dan mengikuti jejaknya.

Wednesday, July 07, 2010

Petunjuk Jalan...

Posted by Ash at 4:35 PM 0 comments Links to this post
Dah lama xrasa mcm ni...tetibe je perasaan tu dtg..tp kali ini agak pelik sb org itu aku xpernah kenal..xpernah berhubung apetah lagi mengambil tahu akan dirinya...yang jadi agak pelik, aku suka akan status yang di post di wall fb dia..byk maafaat dan pengajaran yang boleh diambil untuk memperbaiki diri..
Aku mula mengikuti segala perkembangan dia..aku mula amik tahu sape diri dia, dimanakah dia skg...ternyata dia berada jauh dr tanah air ini...dia mengembara demi menuntut ilmu...aku terpikir-pikir..mungkin ini takdir Allah untuk menemukan aku dengan dirinya...supaya aku buka pintu hati ini dan redha dengan qadak dan qadar NYA...
Dalam aku cube melupakan kehadiran lelaki..Allah hadirkan dia kepadaKU..tp aku tidak mahu leka lagi..aku tidak mahu hanyut lagi dengan perasaan itu..ape yang aku rase kini..jika itu petunjuk dr Allah, aku redha dengan ketentuan itu...dan xputus ku panjatkan doa jika dia yg terbaik..permudahkan segala-galanya...
Menyanyangi seseorang biarlah kerana Allah..dan itu yang aku pegang smpai sekarang..semoga pilihan aku di berkati oleh Allah..seperti kata ustaz ermey...sayanglah pada lelaki yang Allah sayang, insyaAllah Allah akan menyanyangi kita juga...moga itu adalah yg terbaik..dan aku terima segala takdir yang telah ditentukan...

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya". amin ya rabalalamin....

Ratu Syahadah

2007 Kuala Lumpur.. :)

Monday, July 05, 2010

Makan-Makan Di Restoran Tupai-Tupai

Posted by Ash at 12:16 PM 1 comments Links to this post

Sempena last day dayah di skali dan juga last day jumpe kitorg, ktorg buat satu farewell di Restoran Tupai- tupai di jalan dewan bahasa dan pustaka. Kitorg xpernah lagi sampai ke restoran tu ni kira first time nk mencube sb ramai yang kata best steamboat dia.

Kami bertolak dalam lepas isyak sb aku dan syu nk bukak poase dulu. Lepas bukak pose tub r ar ktorg bertolak ke sana 2 buah kereta. Wan ngan mar pun join skali. Puas pusing cari kat man restoran ni. Begang pun ade mula-mula, sebab kitorg kena tinggal ngan zul. Smpai telajak ke dataran merdeka.

Puas ktorg cari jalan tuk ke mahameru blik, akhirnya jumpe jugak restoran tu. Mmg cantik dengan lampu-lampu yang tersusun pada sekeliling restoran itu. Dengan replica tupainya yang comel. Kami memilih meja ditengah2 dekat dengan steamboat.

Time for order, ktorg xmakan steamboat sb dlm keadaan skg ni kena bajet2 sikit n syu pun tgh berpantang sb muka diteruk sgt akibat resdung. Ktorg bagi 2 meja sb nk makan steamboat, dia charge satu meja. Jd ktorg orderlah nasi goring nanas, nasi goring ikan masin n bihun sup. Meja dayah lak makan steamboat.

Harga mmg xyah cakap ar, terkejut jugak nasi goreng saja RM7.50 dan air dia semua RM 4.30 keatas. Nk bajet ar konon tp teruk kena kat situ. Tp xpe ar last kn bersama dayah ktorg xberkira sgt ar. Tp yang menjadi muskil bile tgk tauke dia, mcm cina. Mula2 xperasan sgt tp mase order salah anto br perasan dan paling mengejutkan, dik syu kate tukang masak dia cina. Mak ai halal ke makanan yang ktorg makan ni. Dh abis makan br perasan.

Pandai ye diorg kaburkn mata kite ngan pelanyan-pelayan dia semua org melayu. Tp dia punya chef cina, patut ar nasi goreng dia pelik je. Kalau melayu yg masak mesti lain. Kami dh tersalah pilih tempat kali ini. Susah nk cakap ape perasaan time tu. Dh ar dh makan smpai abis. Ape yg dia letak dalam tu entah ar. Kite berserah je pada Allah mintak2 ar apa yang kite makan tu halal. Semoga Allah xgelapkan hati kite insyaALLAH.

P/s – tuk kawan2 yg lain, pasni berhati2 nk pilih tempat makan. Ktorg dh kena skali ni.. lepas ni kena lebih berhati-hati ar. Tersalah plih abis ar kite. Renung-renuungkanlah.

Ratu Syahadah

2007 Kuala Lumpur

Aku , Cinta Dan Kampus

Posted by Ash at 11:49 AM 0 comments Links to this post
Aku masih ingat dikala itu, Disaat aku begitu gembira dapat lepas jauh dari jangkauan dua ibubapaku. Inilah kebebasan yang aku impikan selama ini. Atas maksud belajar aku dilepaskan pergi berbekal iman senipis kertas dan ilmu agama setitis dakwat. Tanpa aku sedar iman dan ilmu yang begitu rapuh bakal mengundang padah diriku yang masih belum bersedia menongkah arus lautan maksiat yang begitu deras di kampusku. Ah namun itu tidak bererti padaku, Apa yang penting aku dapat mengecap kebebasan yang aku inginkan selamanya. Saat aku mengecap kebebasan itu, Aku rasakan inilah manisnya dunia. Pakaianku sudah berubah dari berbaju kurung sopan kepada fesyen gadis moden bergaya walaupun aku terpaksa menampakkan aset diriku yang dikhususkan untuk bakal suamiku. Namun aku tidak kisah. Aku tidak mahu digelar gadis kampung yang kolot dengan mengenakan pakaian sopan tersebut. Aku sekarang berada dibandar, tiada siapa yang akan menghiraukan apa yang hendak aku lakukan walaupun bertentangan dengan norma-norma agama. Pergaulanku makin bebas, Kalau dulu disekolah, aku masih ingat, Pengaulanku begitu terjaga. Jangankan hendak bercakap dengan lelaki berjumpa pun aku sudah lari kerana malu. Jangankan hendak bersentuhan, jika aku ditenung lelaki pun aku sudah melinting kemarahan… Namun kini keadaan sudah berbeza, aku tidak mampu membawa prinsip itu di kota besar ini. Lagipula hati halus ini begitu ingin disayangi oleh insan bergelar lelaki. Terus aku biarkan sahaja keinginan kekasihku melakukan apa sahaja padaku. Apa yang pasti, pada saat itu aku begitu cinta dan sayang padanya. Saat itu aku lupa pada penat lelah ayah yang membanting tulang berpeluh keringat berkerja menampung pelajaranku disini. Aku sudah lupa pada jasa ibu yang bersabung nyawa melahirkan aku.Aku lupa ,aku lupa,aku lupa. Ya Allah pasti luluh hancur hati ibu bapaku melihat apa yang aku lakukan saat ini. . . Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Kini aku sudah berada ditahun akhir pengajianku dikampus. Hari makin hari aku rasa bosan dengan kehidupan disini, serabut dan bercelaru. Aku tidak tahu kenapa. Apa sahaja yang aku lakukan serba tidak kena. Aku rasa kosong. Cukup kosong. Aku melakukan apa sahaja untuk memenuhkan kekosongan hatiku. Aku pergi ke pantai, shopping, karaoke, melancong, mendengar lagu, bersuka ria bersama teman dan apa sahaja cara untuk menghiburkan hatiku ini. Namun hari makin hari hati ku makin sengsara. Bila aku ditanya tentang cinta. Aku melenting dan cukup marah. Apa CINTA!!! Aku sudah serik dengan cinta. Setelah segala keinginnyaku penuhi. Dia telah pergi meninggalkan aku. Mencari adik-adik junior yang yang lebih segar untuk “diratah” seperti diriku. YA ALLAH Aku sangat menyesal atas perbuatanku ya ALLAH Ampunkan ku MOTIVASI @GAMA... Mungkin ini adalah salah satu dari getusan hati kekesalan puluhan ribu gadis remaja yang hanyut dalam indah dan manisnya dunia. Mereka dibuai penuh asyik dengan hiburan, lelaki dan wang hanya untuk nikmat yang seketika. Hingga akhirnya mereka kecewa dipermainkan dunia dan oleh lelaki yang bertopengkan syaitan. Berapa ramai gadis-gadis yang jatuh diribaan lelaki buaya darat atas janji manis yang palsu belaka hingga gadis-gadis ini sanggup melakukan perbuatan yang sangat terkutuk disisi agama hanya untuk menzahirkan cinta sejati mereka. Sedarlah saudari muslimatku. Seorang lelaki tidak akan memperisterikan seorang gadis yang telah dikecap madunya sebelum ikatan yang sah. Apatah lagi untuk menjadikan gadis “Pakai Buang” itu ibu pada bakal anak-anaknya nanti!!! Duhai saudari Muslimahku, aku tahu engkau telah menyesal atas tipu-daya dunia. Dunia yang luas, pastinya ketika ini cukup sempit untuk. Engkau tidak tau apa yang perlu dilakukan. Dimana perlu aku bermula untuk memperbaiki kekhilafanku ini??? Wahai saudari muslimahku, walaupun seluruh dunia ini membencimu atas kesilapanmu dahulu. Namun percayalah engkau tidak bersendirian. Allah masih sentiasa bersamamu. Walaupun engkau datang bersama dosa sebesar bukit Uhud Allah tetap memaafkanmu. Hatta engkau datang bersama dosa langit dan bumi Allah tetap menantikanmu untuk memberikan keampunan sepenuh langit dan bumi. Percayalah sahabatku walau sebesar manapun dosamu dahulu Allah tetap akan mengampungkanmu. Lupakah engkau pada cerita lelaki yang telah membunuh 100 orang manusia lantas dia bertaubat, terus ALLAH telah memasukkanya kedalam syurga. Aku pasti wahai saudari Seislamku pastinya dosamu tidak sebesar cerita lelaki diatas yang termaktub dalam kitab hadis yang paling sahih (Al-Bukhari) Duhai saudariku, Bertaubatlah dengan sepenuh hatimu. Hiasilah malammu dengan isak dan tangis memohon keampunan dari Rabbmu. Biarkan pipimu mengalirkan air mata taubat yang akan menjadi saksi dipadang Mahsyar Allah nanti. Allah masih sayangkanmu wahai saudariku. Kerana itulah Allah yang maha Esa masih memberi denyut nadi untuk dirimu bernafas bagi memberi peluang untuk dirimu bertaubat. Aku tahu engkau begitu menyesalkan dengan cinta masa lalumu yang penuh titik hitam. Dan pasti engkau risaukan pasti tiada lelaki soleh yang akan memperisterikan dirimu. Saudariku percayalah masih ada lagi lelaki soleh diluar sana yang tidak akan kisah lansung dengan sejarah hitammu asalkan dirimu benar-benar bertaubat dan dapat menjadi isteri yang TAAT dan SOLEHAH padanya. DUHAI SAUDARI SEISLAMKU, ISTIQAMAHLAH DALAM TAUBATMU SABAR DAN JANGAN PUTUS ASA, KERANA PASTI ALLAH TELAH MENYEDIAKAN LELAKI YANG SOLEH BUAT MEMBIMBINGMU MENJADI ISTERI YANG SOLEHAH…

Nota Cinta

Posted by Ash at 11:47 AM 0 comments Links to this post

"Hari ni, saya menang pertandingan pidato di sekolah. Esok, saya ada lagi pertandingan bahas. Lusa pula, ada persidangan di UIA. Awak jaga diri sementara saya takde ye? Bukan saya tak nak mesej, tapi saya sibuk. Jangan tinggal solat." Hafiz membaca mesej itu dengan perasaan berbunga. Wardah, gadis yang memang disayanginya dari dulu lagi. Wardah, bagi Hafiz memang sesuai dengan namanya. Wardah memang sekuntum mawar nan indah. Harum mewangi. Sukar didekati dan indah di hati.

Namun Hafiz tidak pernah bertemu Wardah. Sekadar mendengar suaranya yang lunak dan bisa menggugat hati. Bukan dia tidak berkeinginan untuk bertemu, namun tempat tinggal mereka sangat jauh. Mereka berkenalan melalui seorang kawan pada dua tahun lepas.

Wardah tersenyum. Selama 2 tahun perkenalan mereka, Hafiz menjadi permata hatinya. Wardah memang seorang wanita solehah. Namun perkenalannya dengan Hafiz menjadi titik tolak perubahannya. Dia lupa makna zina hati yang dia laungkan pada tazkirah di sekolah. Dia lupa pesan ustazah agar jangan bercinta pada usia muda, tambahan lagi untuknya yang masih bersekolah. Apatah lagi dia akan menduduki peperiksaan besar SPM pada tahun itu.

“Wa, aku tengok kau dah lain. Kau dah pandai layan lelaki kan? Aku tahu kau sukakan Hafiz tapi ingatlah Wa, cinta sejati hanya pada Allah,” Ujar Fiza, sahabat Wardah pada suatu hari.

“Fiza, aku kan masih solat? Lagipun kami berpesan-pesan ke arah kebaikan. Seperti yang dianjurkan Islam,” Balas Wardah, agak teruji.

“Aku rasa kau dah salah konsep, Wa. Dah habis ke perempuan kat sekolah ni? Ramai lagi aku tengok yang tudung ‘pakai buka’, berkepit dengan jantan sana sini, kau tak nak berpesan-pesan ke arah kebaikan untuk tu ke Wa? La taqrabuzzina, janganlah kau mendekati zina. Wa!”

“Aku harap kau janganlah masuk campur. Soal zina, tak perlu kau ingatkan aku. Aku dah cukup faham maksud itu. Kami tak pernah bertemu. Macam mana kami berzina?”

“Kau dulu pernah beri tazkirah soal zina hati. Takkan lupa? Bila hati saling mengingati, aku tengok kau dah lalai! Lagipun, Allah larang kita mendekati zina, bukan melakukan zina. Kau belum terlewat untuk bertaubat. Lupakanlah Wa, apa tak cukupkah Allah sebagai kekasih kau? Dia yang menemani kau siang malam, Yang Maha Mendengar setiap luahan hati?”

Wardah terdiam. Namun baginya ungkapan Fiza hanya mencurah air ke daun keladi. Dia ingin Hafiz menjadi miliknya!

Hafiz menikmati makan malamnya dengan lahap. Hari ini kepenatan menjeratnya kerana terlalu sibuk dengan tugas kepimpinan di sekolahnya. Namun, Hafiz bersyukur diberi peluang sebegitu. Dia tidak mengeluh dengan tugasan seperti itu. Baginya, segala-galanya adalah tanggungjawab yang diamanahkan. Dan tugasnya adalah sebagai pelaksana.

Mungkin hari-hari Hafiz tidak seindah ini jika Wardah tidak menemani hidupnya. Walaupun Hafiz menyedari hakikat bahawa mereka menghampiri zina, Hafiz sentiasa terpukau dengan janji manis Wardah bahawa mereka hanya berkawan. Namun perasaannya sukar ditepis sama sekali. Dia manusia biasa yang tidak mampu menafikan perasaan cinta yang mula bertunas dalam hati.

Telefon hafiz berdering.

Pantas Hafiz menggapai telefon bimbit di meja. Panggilan dari Wardah

“Hafiz?”

“Ya, saya,”

“Awak sayang saya?”

“Emm, kenapa awak tanya?”

“Saya tanya sebab nak awak jawab,”

“Wardah, awak perempuan terbaik yang saya kenal. Tak mungkin tiada perasaan cinta saya terhadap awak,”

“Awak cintakan saya?”

“Ya, saya cintakan awak,”

Dan malam itu menjadi saksi antara dua jiwa itu. Sesungguhnya begitulah syaitan merasuki kita, secara terang-terangan ia bukanlah cinta yang hina, namun menjebakkan dua insan itu ke alam yang melalaikan.

“Aku nampak semalam kau keluar dengan Ina?” soal Hafiz curiga. Perbuatan sahabatnya, Aiman, menggugat ketenangan dan kewibawaannya sebagai seorang sahabat karib.

“Jadi?” Aiman seolah-olah mencabar Hafiz.

“Aku tak suka. Perkara tu Allah larang,”

“Hafiz, Hafiz! Mentahnya pemikiran kau. Macam mana pula soal hubungan kau dengan Wardah? Kau ingat aku tak tahu? Habis, yang kau bercinta dengan dia tu? Ada Allah suruh?”

“Aiman, kami bercinta cara Islam. Sekurang-kurangnya lebih baik daripada engkau!”

“Ahh, bercinta secara Islam. Kenapa ramai yang kabur dengan persoalan itu? Bukankah itu tipu daya syaitan. Walaupun aku dengan Ina, aku dan dia tidak hipokrit macam kau! Ketua pengawas apa kau ni? Sebelum kau kata baju orang lain kotor, tengok baju sendiri, itu nasihat aku!” kata Aiman berang sambil berlalu pergi.

Hafiz tertunduk di situ, di sebuah taman berhampiran rumahnya. Dia menundukkan kepalanya. Perlahan-lahan, dia berjalan pulang. Dalam perjalanannya, dia bermuhasabah. Ya Allah, dosakah aku? Aku marah apabila sahabatku menghampiri zina namun aku juga begitu! Aku ke surau namun aku juga menghampiri lembah syaitan. Manusia apakah aku?

Malam itu Hafiz bertahajud. Bermunasabah dan merenungi segala dosa-dosanya. Bagaimana suara Wardah yang mencairkan hatinya, dan bagaimana dia asyik melayari alam percintaan dengan Wardah. Dia senang begitu, bermunajat sendirian dan mengadu pada Allah. Biasanya pada malam-malam begitu masanya dihabiskan dengan menelefon Wardah hingga lewat pagi. Namun malam itu dia selesa menutup telefonnya dan menyerah pada Allah. Malam itu juga dia harus membuat keputusan.

“Eeesh! Mana Hafiz ni! Biasanya dia telefon aku, ni, mesej pun takde! Telefon pulak off! Dia ada perempuan lain ke?” rungut wardah sendirian. Hatinya gelisah. Walaupun jam menunjukkan pukul empat pagi, namun dia setia menunggu Hafiz. Dia mahu tunjukkan pada Hafiz bahawa dia gadis yang sabar, mungkin, Hafiz mempunyai urusan yang perlu diselesaikan.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia menerima mesej daripada Hafiz.

“Wa, jangan tipu saya lagi! Cukup sampai di sini hubungan kita!”

Wardah terkesima. Dia buntu, apa yang Hafiz maksudkan? Perlahan-lahan, dia membalas mesej itu.

“Apa maksud awak? Awak tak sayang saya?”

“Sudahlah Wa. Pergilah dari hidup saya. Saya tak perlukan perempuan macam awak lagi!”

Wardah mula menitiskan air mata apabila mesejnya tidak dibalas. Dia beberapa kali menelefon Hafiz tetapi tidak berjawab. Kali ini dia pasti, Hafiz akan meninggalkannya tanpa sebab!

3 bulan berlalu dengan perit. Wardah sedaya upaya melupakan Hafiz. Setiap hari Wardah memeriksa peti emelnya sejak Hafiz memadam telefonnya. Hafiz pasti akan meninggalkan sesuatu! Hafiz bukan sejahat lelaki lain. Wardah tahu itu semua.

Hinggalah pada suatu hari, Wardah memperoleh berita yang dinanti-nantikan. Terketar-ketar jarinya tatkala membuka emel yang bertajuk ‘Nota Cinta’ itu…

Subject:

Nota Cinta

From:

“Hafiz Haikal”

To:

wardah@yahoo.com

Assalamualaikum... Kehadapan Wardah, mawar yang dirahmati Allah Mungkin semasa awak membuka emel ini perasan awak sangat jelik, benci, kecewa dan banyak lagi terhadap saya.Saya faham itu semua, tapi apa saya harus buat, ini saya lakukan semua untuk mencari redha Allah. Saya pun tak tahu nak mula dari mana, tapi saya harap awak faham apa yang saya tulis. Sebenarnya mesej yang saya hantar pada pagi itu memang dirancang. Mesej itu sengaja saya reka untuk saya jauhkan perasaan cinta saya kepada awak. Mungkin awak terkejut dengan sikap saya, tapi ada makna di sebalik semua tu. Sebab utama saya hantar mesej macam tu sebab nak biar awak benci kat saya dan menjauhkan diri dari saya. Kenapa saya nak jauhkan diri dari awk?.. Selama kita menzahirkn rasa cinta dan sayang semenjak tu la hati saya rasa lain. Untuk pengetahuan awak bila saya lafaz sayang dan cinta kepada awak dan awak pula membalasnya saya terasa jiwa saya jauh dari Allah, nafsu syahwat saya naik, rasa ke arah maksiat tu ada walaupun kita tak pernah bersua. Agak remeh kan kalau orang lain baca, tapi untuk saya yang mempunyai iman yg rendah macam2 boleh jadi kat saya. Mungkin awak sebagai wanita tak rasa keadaan begitu tapi saya seorang lelaki memang menyebabkan saya lemah. Saya takut akan Allah, kekadang saya nasihatkan kawan saya jangan buat benda 2 tapi saya buat jugak. Orang pandang saya selalu pakai songkok kat sekolah macam alim, pergi masjid tapi buat benda tu, tak ke saya ni munafik? Saya sedar apa yang saya buat mendukacitakan hati awk. Hati mana yang boleh terima difitnah begitu. Tapi bila saya buat begitu saya juga rasa berdosa sebab memfitnah wanita yang solehah. tapi apa kan daya desakan hati. Awak memang wanita hebat, setiap kali awak menceritakan kejayaan awak memang saya cemburu. Kekadang saya fikir kenapa saya tak boleh jadi macam awak. Tapi saya tetap bersyukur dapat kawan dengan awak. Serius saya katakan awak sahajalah kawan wanita yang paling rapat dengan saya, yang lain cuma kawan biasa, jarang saya berhubung dengan mereka. Untuk terakhir sekali, perasaan cinta dalam diri saya terhadap awak memang tertanam dalam hati saya, sebab awak cinta pertama saya. Saya tak pernah bercinta. Masalah yang saya hadapi sekarang mcm saya katakan di atas tu la. Walaupun agak remeh tapi saya pandang serius terhadap benda ni. Sebab Allah tak redhai sebuah hubungan selain daripada pernikahan. Saya harap dengan penjelasan saya awak akan faham lebih-lebih lagi awak belajar dlm aliran agama. Sekiranya kita ada jodoh tak kan ke mana. Itu janji Allah.

Wassalam.. Ikhlas dari hamba yg mencari redha Allah: HAFIZ HAIKAL

Malam itu Wardah bersujud, pada Allah dia serahkan diri… Hari-hari dilaluinya dengan redha, tanpa rasa dendam sedikitpun terhadap Hafiz. Nota cinta Hafiz telah mengubah hidupnya. Hinggalah Wardah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaannya dan Berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti al-Azhar, Mesir.

Wardah merenung jauh ke Tasik Titiwangsa yang damai itu. Dilihatnya pasangan-pasangan muda berpegangan tangan tanpa segan-silu. Dia bermuhasabah dalam hati. Andai satu ketika dulu dia hanyut dibuai cinta dengan Hafiz, pasti gelaran doktor pakar mustahil disandangnya. Sejenak dia memikirkan kata-kata Umminya semalam…

“Wa, bila nak menikah? Ummi teringin nak bermenantu,”

Soalan Ummi itu menggegar tangkai hati Wardah. Kenangan yang cuba diluputkannya bertahun-tahun dahulu kembali mengusik. Jauh di sudut hati, Wardah masih mengharapkan Hafiz yang entah ke mana itu. Dengan menarik nafas panjang, Wardah menyahut,

“Sesiapa sahaja yang Ummi carikan, dialah jodoh Wardah,”

Wardah merenung cincin perkahwinan di jarinya. Cantik! Sekali pandang Wardah tahu, suaminya pasti dari kalangan orang berada. Hatinya masih berdebar-debar. Sejak akad nikah tadi, dia masih belum melihat wajah suaminya. Walaupun Hafiz berada dalam hatinya, dia redha. Biarlah, pilihan Ummi pasti yang terbaik buatnya. Wardah memejam mata rapat-rapat, ditahan air matanya dari menitis. Dia ingin menjadi bintang timur buat suaminya. Biarlah dia seorang…

“Wardah Alia binti Syukri, sesungguhnya cinta itu lebih indah melalui sebuah ikatan mulia bernama perkahwinan…” Bisik suaminya, suara yang mendamaikan hatinya.

Wardah membuka matanya, dan menatap wajah penaung jiwanya kini… Hafiz Haikal…

Sepetang Bersama Sahabat PPUM(Pusat)

Posted by Ash at 10:51 AM 0 comments Links to this post
Semalam unit RSA menganjurkan satu lawatan ke Pusat Perubatan University Malaya di Petaling Jaya. Ini adalah pengalaman pertama aku mengikut lawatan ke Hospital. Sudah lame aku ingin mengikuti program sebegini. Aku ingin menambah pengalaman dalam aktiviti kebajikan sebegini. Perjalanan ke Pusat perubatan Universiti Malaya, mengambil masa lebih kurang setengah jam dari Sentul iaitu tempat kami bekerja. Agak kekok pada awalnya, kerana aku sudah lama tidak mengikuti program sebegini..aku cuba menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Dengan keadaan hospital yang agak sibuk dengan pelbagai-pelbagai orang yang ingin mendapatkan rawatan. Kedatangan kami disambut oleh ahli Pusat Perubatan Universiti Malaya iaitu Sahabat PPUM. Kami diperkenalkan kepada Kak Zah iaitu selaku bendahari Sahabat PPUM dan ahli-ahli yang lain seperti kak Is, abg hairi dan Taz.
Semua mereka adalah ahli sahabat PPUM yang sudah lama menyertai Sahabat PPUM. Pada awalnya kami didedahkan berkenaan keadaan pesakit-pesakit di sini. Kebanyakkan dari mereka datangnya daripada keluarga yang agak susah. Dengan adanya sahabat PPUM ini dapat meringankan beban yang mereka hadapi. Kami juga didedahkan dengan bagaimana cara untuk berinteraksi dengan mereka. Bukan senang untuk mendalami hati mereka. Tepat jam 3 ptg, kami mula bergerak ke wad2..pihak Sahabat PPUM memilih wad pesakit tulang. Disitu kami membahagikan kepada mereka beg kertas yg berisi keperluan seperti minuman,tuala,sabun dan pelbagai lg. melihat akan mereka, hati kecilku berdetik “alhamdulilah aku masih sihat, masih boleh berjalan, beribadah dan boleh bergelak ketawa. Tapi mereka terlantar di sini, agak lama, tiada siapa yang melawat”. Mereka yang berada disini, puratanya melebihi 3 minggu, bayangkan sudah 3 minggu terlantar tanpa boleh berjalan dan bangun seperti biasa. Kalaulah kite berada di tempat mereka ape perasaan kita. Ade yg sudah 6 minggu, sudah tiada org yg sudi melawat. Sungguh pilu melihatkan mereka. Semasa kami melawat mereka, mereka sungguh gembira. Terpancar di wajah mereka. Walaupun tidak ramai pesakit dari kalangan Melayu tp sambutan mereka sungguh baik, meraka mengalu-galukan kedatangan kami. Aku mengambil peluang berbual2 dengan aunty yg sudah 4 minngu berada di situ. Dia mengalami keretakan pada tulang peha kerana tergelincir semasa membeli belah di pasar. Tp yang paling menarik perhatian aku, ini adalah kali pertama beliau masuk hospital. Sungguh bagus orang yg sudah berumur menjaga kesihatan mereka berbanding kita2 yang masih muda. Tapi lg mengejutkan, ade seorang aunty yang sudah berumur 99 tahun juga ini kali pertama dia masuk wad kerana masalah tulang lututnya yang sudah bergesel. Melayan mereka bercakap, mengingatkan aku pada arwah mak. Semasa dia sakit di hospital akibat sakit kuning dan jangkitan paru, sungguh menyedihkan kerana doctor menjadikannya eksperimen. Bermacam-macam wayar dimasukkan ke tubuh lesu itu. Sungguh perit melihat keadaan mak mase itu. Melihatkan semua persakit di sini, membuatkan mataku bergenang, ya Allah rindunya aku pada arwah. Tapi kita mesti kuatkan, aku teruskan melangkah ke depan lagi. Dan kali ini kak zah berhenti di satu bilik yang menempatkan seorang pak cik yang berasal dr Pahang. Beliau menghidap kanser tulang. Aku sangat kagum dengan beliau kerana masih oleh senyum pada kami semua, walaupun dia baru menjalani pembedahan. Masih kuat tuk bercakap, menghargai kedatangan kami. Sungguh mereka memerlukan bantuan kita. Walaupun wang ringgit kita xmampu untuk member, tapi menjadi pendengar kepada mereka, sudah cukup baik. Semoga mereka cepat sembuh dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Ramai yang sedang merindui mereka. Banyak yang aku perolehi daripada lawatan ini. Terbuka pintu hati ini tuk menyertai sahabat ini, sekurang2nya ini boleh menambahkan lg amal kebajikanku untuk bekalan di akhirat nanti. Sekurang2nya aku boleh melepaskan rindu kepada arwah mak n ayah, bile melihat mereka. YA Allah cucurilah rahmat ke atas arwah, Al fatihah. Ratu Syahadah 2007 Kuala Lumpur. 

Erti Perjalanan Hidup Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal