Semua mereka adalah ahli sahabat PPUM yang sudah lama menyertai Sahabat PPUM. Pada awalnya kami didedahkan berkenaan keadaan pesakit-pesakit di sini. Kebanyakkan dari mereka datangnya daripada keluarga yang agak susah. Dengan adanya sahabat PPUM ini dapat meringankan beban yang mereka hadapi. Kami juga didedahkan dengan bagaimana cara untuk berinteraksi dengan mereka. Bukan senang untuk mendalami hati mereka.
Tepat jam 3 ptg, kami mula bergerak ke wad2..pihak Sahabat PPUM memilih wad pesakit tulang. Disitu kami membahagikan kepada mereka beg kertas yg berisi keperluan seperti minuman,tuala,sabun dan pelbagai lg. melihat akan mereka, hati kecilku berdetik “alhamdulilah aku masih sihat, masih boleh berjalan, beribadah dan boleh bergelak ketawa. Tapi mereka terlantar di sini, agak lama, tiada siapa yang melawat”. Mereka yang berada disini, puratanya melebihi 3 minggu, bayangkan sudah 3 minggu terlantar tanpa boleh berjalan dan bangun seperti biasa. Kalaulah kite berada di tempat mereka ape perasaan kita. Ade yg sudah 6 minggu, sudah tiada org yg sudi melawat. Sungguh pilu melihatkan mereka.
Semasa kami melawat mereka, mereka sungguh gembira. Terpancar di wajah mereka. Walaupun tidak ramai pesakit dari kalangan Melayu tp sambutan mereka sungguh baik, meraka mengalu-galukan kedatangan kami. Aku mengambil peluang berbual2 dengan aunty yg sudah 4 minngu berada di situ. Dia mengalami keretakan pada tulang peha kerana tergelincir semasa membeli belah di pasar. Tp yang paling menarik perhatian aku, ini adalah kali pertama beliau masuk hospital.
Sungguh bagus orang yg sudah berumur menjaga kesihatan mereka berbanding kita2 yang masih muda. Tapi lg mengejutkan, ade seorang aunty yang sudah berumur 99 tahun juga ini kali pertama dia masuk wad kerana masalah tulang lututnya yang sudah bergesel. Melayan mereka bercakap, mengingatkan aku pada arwah mak. Semasa dia sakit di hospital akibat sakit kuning dan jangkitan paru, sungguh menyedihkan kerana doctor menjadikannya eksperimen. Bermacam-macam wayar dimasukkan ke tubuh lesu itu. Sungguh perit melihat keadaan mak mase itu. Melihatkan semua persakit di sini, membuatkan mataku bergenang, ya Allah rindunya aku pada arwah.
Tapi kita mesti kuatkan, aku teruskan melangkah ke depan lagi. Dan kali ini kak zah berhenti di satu bilik yang menempatkan seorang pak cik yang berasal dr Pahang. Beliau menghidap kanser tulang. Aku sangat kagum dengan beliau kerana masih oleh senyum pada kami semua, walaupun dia baru menjalani pembedahan. Masih kuat tuk bercakap, menghargai kedatangan kami. Sungguh mereka memerlukan bantuan kita. Walaupun wang ringgit kita xmampu untuk member, tapi menjadi pendengar kepada mereka, sudah cukup baik. Semoga mereka cepat sembuh dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Ramai yang sedang merindui mereka.
Banyak yang aku perolehi daripada lawatan ini. Terbuka pintu hati ini tuk menyertai sahabat ini, sekurang2nya ini boleh menambahkan lg amal kebajikanku untuk bekalan di akhirat nanti. Sekurang2nya aku boleh melepaskan rindu kepada arwah mak n ayah, bile melihat mereka. YA Allah cucurilah rahmat ke atas arwah, Al fatihah.
Ratu Syahadah
2007 Kuala Lumpur.
Quran Eksklusif Wanita
5 years ago
0 comments on "Sepetang Bersama Sahabat PPUM(Pusat)"
Post a Comment